Visi & Misi

Wednesday, 14 January 2015

BERSIARAN DI TV Al-HIJRAH

Assalamualaikum wbt,
Salam kedamaian hati,

Entry kali ini kami ingin kongsikan pencapaian terbaru kami bersama bersama beberapa orang Alumni Personal Coaching kami. Alhamdulillah kami telah dijemput untuk satu slot dalam rancangan di TV Al-Hijrah iaitu Duniaku Malaysiaku.

Slot ini bakal bersiaran Insya Allah pada hujung bulan Februari 2015 atau awal bulan Mac 2015. Satu pengalaman yang sangat mengujakan dalam karier kami.

Kenangan bersama Krew penerbitan TV Al-Hijrah

Peluang ini sebenarnya datang kepada kami melalui anak didik personal coaching kami sendiri iaitu Cik Lia Muhammad. Beliau menjemput saya dan isteri selaku coach mereka. Kami diberi kepercayaan untuk berkongsi kisah kejayaan beliau dalam bidang motivasi khususnya dalam aspek Keunikan Diri.


Video rakaman: Coach Hairul

Video rakaman: Coach Emy 

Kami sungguh bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan ini. Untuk pengetahuan anda semua, Lia Muhammad dilantik sebagai Mentee kepada Mentor Tuan Amin Idris (Master Trainer Amin Idris Training and Consultancy). Beliau melepasi beberapa saringan sebelum terpilih dengan mengatasi beberapa orang motivator-motivator lelaki lain. 

Memang sungguh luar biasa!



Rezeki itu HANYA datang dari Allah.
Peluang juga adalah salah satu Rezeki

... Dan ianya datang daripada Allah SWT melalui pelbagai cara

Nasihat saya, rezeki itu mesti dijemput!
Jaga hubungan dengan Allah
Jaga hubungan dengan Ibu Bapa

Semoga bermanfaat 

NOTA PENTING:
Untuk keterangan lanjut atau tempahan tarikh personnel coaching, sila hubungi hotline 014-510 6264 atau emelkan ke mindsmagnet@gmail.com Kami pasti aturkan yang terbaik untuk anda!

Terima kasih.















Hairul Muhamad ( Coach Hairul )
CEO & Founder I Coach For Youth I Corporate Trainer I NLP Coach
MindsMagnet Consultancy



No comments:

Post a Comment