Visi & Misi

Sunday, 7 September 2014

MAKLUMAT PENCERAMAH MOTIVASI

Profil Penceramah Utama BYUP 2015:
Nama penuh         : Hairulazlizan bin Muhamad
Nama panggilan   : Hairul Muhamad (HM) atau Coach Hairul
Visi                        : Visi saya ialah menambah nilai dan memberi manfaat 
                               dalam kehidupan manusia khususnya golongan remaja 
                               dan muda-mudi hari ini.


Latar Belakang Pendidikan:
2006-2009:              
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Bachelor Degree of Electronic Engineering (Industrial Electronic) with Honour

2004-2005:                          
Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)

Physical Science                                                                  

Kepakaran:
Selain daripada aktif membantu para pelajar melalui seminar motivasi BYUP 2015, beliau juga adalah seorang penulis eBook. Pada tahun 2015 ini sahaja, beliau telah menulis tiga buah eBook iaitu:



Selain daripada itu, beliau juga merupakan seorang event organizer (EO). Beliau bekerjasama dengan  Syarikat FMM Motosport mengajurkan event “I Want To Touch Rempit” yang bertujuan untuk membantu remaja rempit yang terdiri daripada pelajar sekolah ke litar untuk berlumba secara sah dan selamat dengan bimbingan profesional. Program ini masih di peringkat awal. FMM Motosport juga merupakan salah sorang pakar dalam perlumbaan motosikal kuasa tinggi di Litar Sepang.


Beliau juga telah bekerjasama dengan pertubuhan NGO IBMA menganjurkan kempen menutup aurat yang diberi nama “Mudahnya Cantik”. Kempen ini telah berlangsung pada bulan Mac yang lepas bertempat di Pantai Batu Burok, Terengganu. Para pengunjung pantai wanita dihadiahkan tudung, sarung lengan, sarung kaki, dan niqab bagi menarik minat mereka menutup aurat dengan sempurna. Penaja program ini antaranya Ana Aufiah Collections, RockSox, Pusat Tuisyen Imtiaz IQ.


Beliau juga berkepakaran dalam membantu orang perseorangan untuk menubuhkan syarikat konsultan seperti MindsMagnet Consultancy ini melalui personal coaching. Sesi ini dinamakan Start Your Bussiness Training (SYB) yang bertujuan untuk melahirkan perunding motivasi pelajar yang berkaliber. 


Beliau adalah seorang NLP Coach yang terlatih dan telah mendapat pentauliahan untuk menggunakan teknik-teknik NLP ini. Antara kebaikan NLP untuk pelajar ialah membantu mereka bebas diri daripada kekangan minda dan bebanan emosi seperti tekanan belajar. Ia juga mampu membendung sikap malas, tidak bersemangat, dan tidak yakin. Pasangan adik beradik ini antara pelajar yang telah dibantu oleh Coach Hairul. 


Coach Hairul juga merupakan seorang Corporate Trainer di mana beliau telah membantu bakal usahawan MARA untuk menguasai pemasaran dan perniagaan:


Sebagaimana yang telah dikongsikan di atas, beliau adalah seorang NLP Coach yang bertauliah. Beliau ditauliahkan oleh Tuan Azzam Sabtu; Principle of Neuro Linguistic Academy & Certified Trainer of Neuro Linguistic Programming (ABNLP). Dengan berkepakaran dalam teknik-teknik NLP, hypnosis, dan phsycology beliau telah dilatih khas untuk mengendalikan seminar seperti BYUP 2015 dengan memastikan supaya peserta seminar tidak mengantuk dan tidak bosan sepanjang seminar walaupun ianya berlangsung sehari suntuk.


Beliau juga merupakan anak didik Dr Haji Azizan Osman yang merupakan perunding motivasi yang tidak asing lagi di negara ini yang sering muncul di Motivasi Pagi TV3, Semanis Kurma TV9, Harian Metro dan pelbagai lagi media massa.


Pada 10 Januari 2015 yang lalu, beliau bersama pembantunya Coach Emy yang juga merupakan isteri beliau telah ditemuramah oleh TV Al-Hijrah untuk satu slot rancangan Duniaku Malaysiaku yang telah bersiaran pada 3 April 2015.



Pada 20 April 2015 pula Coach Hairul ditemuramah oleh krew TV3 pula semasa beliau menghadiri ujibakat Da’i Pendakwah Millenia TV3 yang bertempat di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.



Alhamdulillah. Kebolehan dan kepakaran Coach Hairul dalam bidang motivasi pelajar, mendorong kepada pihak-pihak berkenaan untuk bekerjasama dengan beliau menerusi penglibatan-penglibatan di atas. Masyarakat mula nampak kebolehan beliau dan mempercayai beliau mampu melakukan transformasi minda remaja hari ini. Dalam profession perunding motivasi pelajar menerusi program BYUP 2015, Coach Hairul membantu mahasiswa IPTA, IPTS dan juga pelbagai jenis kategori sekolah menengah antaranya yang terkini ialah:



Nota penting:
Untuk melihat lebih banyak gambar sila ke ruangan "Galeri"

Penutup:
Alhamdulillah. Berbekalkan pengalaman, semangat, dan kepakaran beliau selaku perunding motivasi kepada pelajar dan mahasiswa/i hari ini, beliau bersedia pada bila-bila masa sahaja (bergantung pada jadual beliau) untuk membantu para pelajar atau mahasiswa/i anda.

Hubungi kami segera di talian 014-510 6264. Semoga melalui seminar motivasi Breakthrough Your Unknown Potentials (BYUP 2015), mereka juga berpeluang untuk mendapat manfaat seperti peserta-peserta lain yang telah merasai sentuhan kami dari MindsMagnet Consultancy. Lihat sendiri apa kata pesertaa seminar di ruangan "Testimoni Peserta".


Ikuti beliau di facebook:
Personal Page:  http://bit.ly/CoachHairul

Semoga berjumpa di seminar BYUP 2015.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment